KENALI GerekBasikalPhotography®

9:02 AM Unknown


GerekBasikalPhotography® merupakan Penyedia Perkhidmatan Fotografi untuk pelbagai majlis anda, sama ada majlis bersifat umum mahupun persendirian. Melalui pengalaman dan peralatan fotografi yang terkini dan terbaik, foto yang meletooop dan menakjubkan bukanlah suatu yang mustahil. Bersedia untuk berkongsi bakat dan kreativiti fotografi dengan anda, pelanggan kami. Sudah tentu setiap gambar dari kami, semakin lama akan menjadi lebih bernilai dan lebih bermakna kepada anda.

KENAPA MESTI PILIH GerekBasikalPhotography®? WHAT SO SPECIAL?
Our MASTERPIECE/gambar anda. Perkataan paling sesuai menceritakan keupayaan GerekBasikalPhotography®
HARGA? Kepelbagaian pilihan harga mengikut budget anda. Kepelbagaian variasi pilihan memudahkan anda membuat pilihan bersesuaian dengan budget anda. [Sila klik di sini untuk memilih pakej perkahwinan pilihan anda].
Harga GerekBasikalPhotography® termurah? Taklah. Memang harga GerekBasikalPhotography® bukan termurah, tetapi berbaloi dengan harga yang anda bayar kepada kami. Bakal pelanggan diingatkan pihak GerekBasikalPhotography® tidak berkompromi dari segi aspek kualiti semata-mata ingin mengejar tempahan termurah, dengan bersandarkan harga pakej termurah sepertimana diamalkan oleh sebilangan fotographer, terutamanya photographer yang baru berjinak-jinak dengan industri ini. GerekBasikalPhotography® tidak sekali-kali akan mengabaikan sesuatu yang akan menjadi simpanan bermakna bagi pengantin sepanjang hayat, yang mungkin akan mewarisi/berkongsi saat terindah dalam kehidupan bersama dengan anak/cucu/generasi yang akan datang. Portfolio yang kami sertakan dalam blog ini sudah cukup membuktikan keupayaan dan kematangan GerekBasikalPhotography®  dalam industri ini.

Di GerekBasikalPhotography®, kami percaya, hasil karya dan dedikasi untuk memuaskan hati pelanggan merupakan satu bentuk pengiklanan yang amat berkesan. Pengiklanan melalui bekas pelanggan/recommendation/disyorkan oleh bekas pelanggan amat kami hargai

Penggunaan kamera/flash/lensa terkini/canggih – Komitmen GerekBasikalPhotography®  untuk menghasilkan gambar yang terbaik. Untuk pengetahuan anda, CANON 700D adalah kamera yang GerekBasikalPhotography® gunakan dan 700D merupakan antara kamera terbaru di pasaran yang dikeluarkan oleh CANON. Bukan 1, tetapi 2 700D yang GerekBasikalPhotography® gunakan untuk memastikan tiada saat indah ada terlepas dari GerekBasikalPhotography®

Kepelbagaian Lensa untuk kualiti foto yang menakjubkan. Lens yang sering digunakan ialah lens SIGMA 18-35mm F1.8(lens keluaran terbaru dari SIGMA Japan) dan CANON 100mm macro F2.8

Photographer berpengalaman, friendly tetapi amat mengutamakan kualiti kerja/gambar dan kepuasan pelanggan.

Kepelbagaian posisi bergambar. Berapa banyak posisi? 1000++. Rasanya pelanggan akan minta berhenti walaupun photographer masih bertenaga

HARGA YANG RENDAH/TIDAK MASUK AKAL? 
Jangan terkejut… GerekBasikalPhotography®  amat komited untuk menjadikan hari bersejarah anda tidak membebankan poket anda selepas selesai majlis perkahwinan anda. Tidak pernah GerekBasikalPhotography® merendahkan kualiti(downgred the quality) hanya semata-mata ingin mematuhi budget para pelanggan kami. Berkongsi saat gembira bersama pelanggan. Itu sebahagian dari piagam pelanggan GerekBasikalPhotography®.

*Bergantung kepada PAKEJ yang dipilih.

Hubungi segera sebelum tarikh bersejarah anda diambil oleh pasangan yang lebih bertuah........


  


0 comments:

Post a Comment

Pertanyaan/Tempahan?

Sila isikan butiran dan klik HANTAR. Saya akan menghubungi dengan segera

Name Email * Message *